Thursday 6 October 2016

(VIRAL TERKINI) : Pasangan Ini Berkahwin Dengan Mas Kahwin RM7.74 Dan Hidangan Pisang Goreng. Netizen KAGUM Melihatnya!!!

Tags

Kebanyakan pemuda pada masa ini enggan berkahwin hanya kerana tidak ada wang untuk kos perkahwinannya.



Kerana kebanyakan orang menganggap perkahwinan itu memerlukan banyak persiapan dan juga memakan banyak kos.

Padahal, tanpa wang pun boleh berkahwin. Masih ingat dengan cerita Rasulullah SAW yang menikahkan pasangan dengan mahar sandal jepun. Kisah itu ternyata menjadi inspirasi oleh pasangan yang satu ini.

Mereka tidak memusingkan bayaran untuk berkahwin. Cukup dengan mahar wang Rp25 ribu (RM7.74) dan hidangan pisang goreng serta teh manis, mereka sah menjadi pasangan suami isteri.


Pasangan ini berasal dari Kendari, Sulawesi Tenggara. Kisah mereka boleh menampar siapa pun yang masih suka menunda perkahwinan dengan alasan bajet.

Kisah inspiratif ini ternyata diceritakan oleh laman Facebook Hadis Shahih. Pemuda bernama Rizki Ramadhan tersebut menikahi si pujaan hati hanya dengan mahar sebesar RM7.74.


Tak hanya itu, hidangan yang disajikan bukanlah daging lembu atau pun ayam dengan lauk pauk yang enak, tetapi hanyalah pisang goreng dan juga teh manis hangat.

Nah, berikut ini adalah posting Hadis Shahih tentang pasangan tersebut, seperti yang dilaporkan oleh Tribunnews.com
"Mereka yg lemah mungkin akan berkata, tidak akan mungkin berkahwin dengan wang Rp.25.000 (RM7.74), tidak akan mungkin hidangan walimahan hanya dengan pisang goreng dan teh panas..?

Masyaallah Di usia 25 thn, malam ini telah nyata soalan diatas terjawab, perkahwinan itu terjadi.

Di mana harga androidmu jauh lebih mahal daripada mahar pengantin ini.

Tak ada daging, tak ada menu resepsi, bahkan pakej datamu lebih mahal daripada hidangan walimahan ini.

Pemuda ini telah memberi pembelajaran untuk kita semua bahawa pintu nikah itu mudah tanpa menyusahkan diri.

Mudahkan lah nikah janganlah menyusahkan memusingkan diri dengan pacaran yang jelas ke haramannya, jangan mempersulit diri dengan muka juta ataupun perarakan adat!

Ketika ada kemudahan di dalam Islam tetapi mengapa sebahagian lain menyulitkan dirinya.

Di hari ini Doakanlah mereka semoga Allah memberkahi mereka yg berusaha menjaga kesucian dirinya menyegerakan diri melalui jalan yg halal dengan perkahwinan...

Semoga Allah merahmati, di berikan kelapangan rezeki, diberikan keturunan yg soleh.

Mungkin hanya ini yang pantas kami ucapkan untukmu "Baarakallahu laka wabaraka 'alaiyka wa jama'a baiynakuma fii khoir".

Semoga menjadi pelajaran untuk kita semua."

Sejak di posting, kisah ini menjadi viral di media sosial dan banyak mengundang komen kagum dari netizen.
- sentiasabikinpanas.com


EmoticonEmoticon