Tuesday 18 October 2016

(VIRAL MALAYSIA TERKINI) : Setelah Sekian Lama Mendiamkan Diri, Saksi Kejadian Anak Jatuh Eskalator Tampil Kongsi Kisah SEBENAR !!!

Tags

Setelah Sekian Lama Mendiamkan Diri, Saksi Kejadian Anak Jatuh Eskalator Tampil Kongsi Kisah SEBENAR !!!

Setelah Sekian Lama Mendiamkan Diri, Saksi Kejadian Anak Jatuh Eskalator Tampil Kongsi Kisah SEBENAR !!!

Setelah Sekian Lama Mendiamkan Diri, Saksi Kejadian Anak Jatuh Eskalator Tampil Kongsi Kisah SEBENAR !!!

GEORGETOWN: Seorang saksi kejadian kanak-kanak perempuan tiga tahun yang terjatuh daripada eskalator di sebuah kompleks beli-belah di Bukit Jambul, di sini, Ahad lalu, tampil berkongsi pengalamannya di laman sosial Facebook.

Menggunakan nama Yuana Che Ariff, beliau menyatakan berada betul-betul di belakang keluarga terbabit ketika kejadian malang itu berlaku. “Saya berada betul-betul di belakang keluarga ini. Pada mulanya, anak lelaki mereka tersepit di eskalator dan dibantu ibunya. “Kemudian, bapanya pula kelam-kabut mahu melihat luka di jari anak lelakinya sehingga terlupa dia sedang mendukung anak perempuan di bahunya.

Ketika itu bapanya betul-betul berdiri di tepi eskalator berkenaan,” katanya. Yuana berkata, kejadian yang berlaku di hadapan matan itu masih segar dalam ingatannya. “Ia berlaku betul-betul di hadapan saya dan saya tidak boleh lupa bagaimana kanak-kanak itu terjatuh,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, berkata pihaknya akan menyiasat semua komen dan laporan berhubung kejadian berkenaan di laman sosial. Katanya, polis juga akan memanggil semua saksi untuk siasatan terperinci.

“Kita minta orang ramai supaya tidak mengada-adakan cerita atau melaporkan benda yang tidak betul. Semua perkara akan disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya. Kredit:- BHarian


EmoticonEmoticon