Wednesday 5 October 2016

(INFO AGAMA) : Apa Hukum Menantu Berlakon Baik Depan Mertua Tapi Di Belakang..... Ini JAWAPANNYA !!!

Tags

Apa Hukum Menantu Berlakon Baik Depan Mertua Tapi Di Belakang….. Ini JAWAPANNYA !!! | Apakah hukum seorang menantu yang berpura-pura baik di depan ibu mertua sedangkan di belakang, menantu tersebut selalu memburuk-burukkan ibu mertuanya. Malah hal ini disedari oleh suaminya. Apa yang patut si suami lakukan dan apakah hukum jika dia juga berdiam diri.

Salwana Fakry
Subang Jaya Selangor

1


Ibu mertua adalah seperti ibu kita sendiri. Memburuk-burukkan ibu sendiri adalah petanda bahawa kita adalah anak yang tidak bersyukur. Menyakitkan hati ibu pula termasuk tanda anak derhaka. Sebagai suami, tugas kita yang terbaik adalah mencari punca kenapa timbulnya situasi ini. Boleh jadi ada sesuatu yang ibu kita tidak sedari lakukan menyebabkan isteri kita kurang senang. Boleh jadi juga isteri kita tersilap faham sesuatu yang dilakukan oleh ibu kita. Atau boleh jadi juga, ada sikap ibu kita yang tidak dipersetujui oleh isteri kita.

Tanpa menyalahkan mana-mana pihak, kita perbetulkan silap faham tadi. Boleh jadi, ada perkara yang isteri kita tidak perlu fikirkan dan libatkan semua perkara tentang ibu kita. Boleh jadi juga ada perangai yang kita perlu fahamkan kepada isteri, bahawa ibu kita bukanlah bermaksud seperti mana yang difahami olehnya. In Shaa Allah, memahami sesuatu perkara lebih indah berbanding tergesa-gesa menghakiminya.

Kesudahannya, isteri kita lebih menghormati ibu kita, dan ibu kita sudah tentu lebih menyayangi menantu yang menghormatinya. Berdiam diri tanpa melakukan apa-apa, jika bertujuan untuk membiarkan suasana reda adalah baik, tetapi jika didiamkan dan membawa kepada suasana lebih buruk, dibimbangi termasuk kategori suami dayus yang membiarkan anak isteri berterusan melakukan perkara maksiat. Wallahua’lam. KREDIT OH MAMEDIA.


EmoticonEmoticon